Monday, November 19, 2012

Bubur Ayam ala McD

Assalamualaikum...hhmmm atas permintaan rakan2...i have listed the menu for chicken rice poridge a.k.a bubur ayam just like McDonald's have added with a twist...my kids love it n request for it almost every other day...it's good for babies too :) ...have a try n enjoy!!
 
BUBUR AYAM ALA McD
Bubur ayam ala McD
 

Bahan2 utama:
1 pot beras
8 pot air
1 kiub ayam atau 1 sudu besar pati ayam
1 inci halia dihiris nipis
Isi ayam seberapa byk yg suka di potong dadu kecil
1 sudu teh minyak bijan

Bahan2 tambahan jika suka:
1 ½ inci carrot dipotong dadu kecil
5 helai daun bayam dihiris halus
1 biji ubi dipotong dadu kecil

Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang di hiris
Sebatang cili dicincang dan di rendam dalam sos kikoman

Cara memasak:
1.      Masukkan semua bahan2 utama dalam periuk ‘slow cooker’ atau periuk biasa pun boleh...rebus sehingga mendidih...kepada yg mgunakan periuk biasa, sambil2 tunggu mendidih pastikan gaul supaya tiada beras yg melekat pada bahagian bawah periuk.

2.      Masukkan bahan2 tambahan jika ada...dan kemudian tutup periuk rapat supaya bubur nasi masak sepenuhnya tanpa kehilangan air yang banyak..gunakan api yang kecil.

3.      Selepas 15 minit sila perhatikan periuk anda supaya tiada nasi yang melekat pada bahagian bawah periuk...rugi kalau melekat...teruskan menggaul nasi berkenaan dan tambah air jika perlu.

4.      Biasanya bubur nasi ni akan masak dalam masa 1 ½ jam paling cepat pun...jadi haruslah bersabar sbb kalu x nanti bubur anda akan hangus.

5.      Setelah masak bolehlah dihidangkan dan taburkan bahan2 hiasan..kalau makan dgn ikan masin goring pun sodap!!

No comments:

Post a Comment